AMALKAN 10 B
1. BERTENANG
Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
2. BERNAFAS SECARA DALAM
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
3. BERKATA : " RELAKSLAH "
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
4. BERKONGSI PERASAAN KEPADA SESEORANG
Jangan pendam perasaan atau masalah, sebaliknya kongsi dengan orang yang dipercayai seperti ahli keluarga atau kawan-kawan
5. BERURUT
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpe disedari. Berurut boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
6. BEREHAT DAN MENDENGAR MUZIK
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan mengenangkan fikiran.
7. BERIADAH
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit atau gunung, berkhemah dan melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran. Malah ia menyihatkan badan.
8. BERIBADAT
Banyakkan solat sunat, berzikir dan berdoa. Ia adalah terapi yang baik untuk menenangkan emosi dan melegakan perasaan.
9. BERSENAM
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
10. BERFIKIRAN POSITIF
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
»»»KHAS UNTUK DARJAH ENAM YANG MENGAMBIL UPSR«««
No comments:
Post a Comment